JOHOR BAHRU 6 Jan. - Polis Trafik negeri akan memburu sebanyak 31,110 pesalah termasuk warga Singapura yang mempunyai waran tangkap atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dilakukan sepanjang tahun lalu.
Ketua Turus Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintenden Baharuddin Mat Taib berkata, waran tangkap itu melibatkan kompaun lebih RM9.3 juta.
Justeru, pihaknya memberi tempoh hingga hujung bulan ini bagi pesalah supaya menyelesaikan semua saman tersebut sebelum operasi besar-besaran diadakan awal bulan depan.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini sebentar tadi.
sumber: UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment