Wednesday, January 6, 2016

Dua jam ambil keterangan Rani Kulup

Gombak: Abdul Rani Kulup Abdullah, 61, atau lebih dikenali sebagai Ayahanda Arka dibawa ke Balai Polis Gombak petang tadi bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
Pesara tentera itu diambil keterangan lebih dua jam berkaitan penganugerahan pingat kebesaran 'Sultan Melaka' bulan lalu.
Anugerah Datuk Paduka Mahkota Melaka itu diterimanya pada 27 Disember lalu daripada Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya Sultan Melaka.
Beliau dibawa dari restoran di Sri Gombak oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah pada 2.40 petang.
Abdul Rani terkenal dengan kekerapannya membuat pelbagai isu dan dikenali dengan tagline ‘kipidap dongibab’.

No comments:

Post a Comment