Kuala Lumpur: Pelakon dan model terkenal Kavita Kaur Sidhu, 44, mengakui suaminya yang juga warga Itali, Roberto Guiati, 36, mempunyai ciri-ciri lelaki berkualiti yang dicari selama ini.
"Berbaloi saya menunggu lama dan akhirnya dipertemukan dengan lelaki yang mempunyai kesemua ciri lelaki berkualiti dan idaman setiap wanita.
"Paling penting yang membuatkan saya jatuh cinta dengannya adalah dia sangat menghormati wanita. Pendek kata, saya bertuah apabila berkahwin dengannya," katanya.
Menurut pelakon Layar Lara itu, suaminya juga cepat mesra dan mudah bergaul dengan ahli keluarganya sejak kali pertama berjumpa.
Kavita dan Roberto disatukan sebagai suami isteri pada Rabu lalu di Bangsar dalam satu majlis sederhana yang dihadiri keluarga kedua belah pihak.
Pasangan ini menjalin hubungan selama empat tahun sebelum Kavita dilamar di Phuket pada Julai lalu.
No comments:
Post a Comment