Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan RM50 juta kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim.
Memetik Facebook (FB) Johor Southern Tigers Sultan Ibrahim membuat keputusan itu kerana gembira dengan sukan bolasepak di negeri ini.
"Baginda berkenan mengurniakan sumbangan RM50 juta kepada kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim.
"Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku membuat keputusan itu kerana baginda amat gembira melihat sukan bolasepak memainkan peranan yang penting dalam menyatupadukan Bangsa Johor," kata kenyataan itu, hari ini.
Kenyataan itu memetik, pemberian sumbangan itu turut mengambilkira usaha pasukannitu mengharumkan nama Johor di persada dunia.
"DYAM Tunku Mahkota Johor selaku pemilik kelab bolasepak JDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Tuanku atas kurniaan kepada JDT itu," katanya.
No comments:
Post a Comment