Tuesday, January 19, 2016

Enam varian enjin baru Proton

Shah Alam: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan inisiatif kajian dan pembangunan (R&D) bagi enjin terbarunya yang bakal dilengkapi dengan dua teknologi iaitu Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI) dan Gasoline Direct Injection (GDI).
Program pembangunan enjin terbaru itu dimulakan sejak Mac lalu di England dan dijalankan dengan kerjasama syarikat kejuruteraan global yang berpangkalan di sana iaitu Ricardo.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, inisiatif pembangunan enjin itu akan membabitkan enam varian enjin dan bakal mengambil 40 bulan untuk disiapkan sebelum varian pertama dilancarkan pada penghujung tahun depan.
"Penggunaan enam varian enjin ini dalam semua model kenderaan Proton akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 2018 dan ia diyakini mampu melonjakkan jenama Proton pada masa akan datang," katanya selepas siaran langsung enjin TGDI 1.5 Liter dihidupkan buat pertama kali dari kilang Ricardo di England, hari ini.
Sebanyak enam varian enjin akan dibangunkan oleh Proton iaitu 1.0L 3-Cylinder VVT (Variable Valve Timing), 1.2L 3-Cylinder VVT, 1.3L 4-Cylinder GDI, 1.5L 4-Cylinder GDI, 1.3L 4-Cylinder TGDI dan 1.5L 4-Cylinder TGDI.

1 comment:

  1. apa dah jadi dgn enjin petronas. .kate nak dipasang pada modal baru proton. ..Harap proton dapat kembali kan model wira dgn versi baru seperti model pada saga.

    ReplyDelete