Anggota kumpulan Girls’ Generation, YoonA mungkin masih baru sebagai pengguna media sosial tapi dia sudah memiliki pengikut paling ramai berbanding rakan artis lain.
Penyanyi dan pelakon itu baru saja mencapai 2 juta pengikut di Instagram selepas menyertai laman sosial media itu kurang tiga bulan yakni pada 27 September lalu.
Dalam masa beberapa jam akaun itu wujud, dia sudah mencatat perolehan pengikut sebanyak 380,000 orang.
Kebanyakan foto dikongsi YoonA adalah diri sendiri dan anggota kumpulan Girls’ Generation lain pada konsert lalu mereka di Jepun. Foto lain ialah ketika menghabiskan masa di Universal Studios Jepun.
Populariti YoonA di China juga mencatat jumlah tinggi dengan pengikutnya dalam laman sosial ciptaan China, Weibo sudah mencecah 1 juta pengikut.
No comments:
Post a Comment