Melaka: Ikatan 1,250 tudung bawal Aidijuma sepanjang 1,250 meter diiktiraf Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai tudung terpanjang di negara ini.
Rekod itu dicipta pada program yang berlangsung di pusat beli-belah Melaka Mall, semalam.
Ikatan tudung bawal itu dipegang oleh 200 peminat tudung terbabit dari Jalan persimpangan Jalan Datuk Ghani melalui Jalan Merbok sehingga ke Melaka Mall.
Ketua Pegawai Eksekutif Color Addiction Sdn Bhd, Datin Norjuma Habin Mohamed berkata, program itu dijayakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Kelab Pesona Aidijuma.
"Kami aktif menganjurkan pelbagai aktiviti di Selangor dan ibu negara, namun kali ini memilih Melaka.
"Kami memilih 200 peminat tudung bawal Aidijuma untuk mengambil bahagian dengan memegang dan mengikat tudung berkenaan bagi diperiksa wakil MBOR," katanya.
No comments:
Post a Comment