Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang dalam perjalanan mengambil dadah untuk dijual, ditahan polis di Jalan Raja Laut, di sini, petang tadi.
Lelaki yang menunggang motosikal curi itu ditahan pada 3 petang.
Difahamkan, motosikal ditunggang lelaki itu dilaporkan hilang di Jinjang pada Disember tahun lalu.
Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu turut giat menjalankan aktiviti mencuri kenderaan dan samun di sekitar ibu kota.
"Dia mencuri motosikal dan menggunakan kenderaan itu untuk menghantar dadah.
"Suspek dibawa ke balai berdekatan," katanya
No comments:
Post a Comment