Thursday, January 7, 2016

Premis judi dalam talian diserbu

Kuala Lumpur: Pusat siber yang menawarkan judi dalam talian di sekitar Kepong diserbu polis awal pagi semalam.

Dalam serbuan pada 11 malam itu, sebanyak 23 set komputer yang bernilai lebih RM40,000 di dua lokasi berasingan di Jalan Ipoh dan Metro Prima dirampas.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, empat lelaki ditahan dalam serbuan itu.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada dua pemilik premis dan dua pelanggan berusia 26 hingga 55 tahun. Wang tunai sebanyak RM207 dirampas.
"Set komputer turut dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul. Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

No comments:

Post a Comment