Sunday, January 17, 2016

Pasti keselamatan tahap optimum

Putrajaya: Kementerian Wilayah Persekutuan akan bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi meningkatkan kawalan keselamatan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berikutan ancaman militan ketika ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, lokasi yang diberi tumpuan termasuk pusat membeli belah, kawasan tarikan pelancong dan acara keramaian.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) jika perlu bagi memastikan keselamatan orang awam berada pada tahap optimum.

"Saya sudah mengarahkan semua agensi untuk bersiap siaga menghadapi ancaman ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016 di Dataran Putrajaya di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment